June 26, 2011

Ahh sudah

mengantuk tapi tak tidur..
lapar tp tak makan
kelakar tapi tak ketawa
mandi tapi tak basah (bahaya nih..mengundang padah kene tembak! nasib baik x ckp makan tp x kenyang)
..hehe..

dah sudah sudah lah~~

pasang surut

Kalau semalam galak ketawamu
Hari ini mungkin sendu tangismu
Kalau semalam lancar harimu
Hari ini mungkin masalah mengganggu
Kalau semalam terik suria di jalanmu
Hari ini mungkin turun hujan buat membasahi
Kalau semalam penuh inboxmu
Hari ini mungkin sesaat berdering pun disyukuri
Kalau semalam bagai gigi pantai menunggu pasangnya ombak
Hari ini ibarat beting pasir; muncul lagi seusai surut ombak.

~Ok.tak paham takpe.tukang tulis pun x berapa clever nak faham.

June 25, 2011

separuh dah tertulis..

pena dilorek..
tinta terhasil membentuk nukilan dari hati..
apa ada dengan kata hati?
hati cakap.. hati senyap.. keliru
terdongak pandang langit biru putih awan..
hati aman sedikit.. untuk sekejap cuma..sebab
keliru datang lagi.. mata terkedip pandang kiri kanan..
melingas cari betul salah diri.. hati cakap 'takpe'..otak cakap 'biarkan'
ini separuh darinya..mana lagi bahagiannya?
belum masanya..nanti akan ada..

June 12, 2011

Nasi Minyak

soalan lazim..'Bila nak makan nasi minyak euu ni?'
Soalan bernilai lebih mahal dari RM 1 000 000..
Kalau boleh jawab, memang dah jadi millionaire..hehe
Tapi euuu ols, maaf xde jawapan di sini..
Maaf juge kerana membiarkan soalan euu ols terbiar sepi..
Tapi kadang2 jawab jugak..'err mak i boleh masak..dtg umah meh..'
hehehehe..confirm kene kutuk klau jwb mcm tu..
tapi takpela u ols, sabar ye..sementara menunggu nasik minyak i yg mingkin ade ke xde entah
meh kite makan nasik minyak org2 lain dulu..jom2..
:)) solusi yg baik kan? :-P

June 8, 2011

Dia

Dia yang tidak pernah ditemui..
Dia yang tidak pernah dikenali..
Dia yang sederhana lagi berperi..
Dia yang tidak lokek menghulur simpati..
Dia yang berlawak sehingga ketawa x kering gusi.. :)
Dia yang gigih menyara keluarga dan diri..
Dia yang terus mencari cinta Ilahi..
Dia yang kini tanpa sengaja mengusik rasa dalam hati