Entri sangat berunsur mistik namun hati terpanggil untuk menulis perihal sihir pembenci.Sihir pembenci bertujuan memisahkan pasangan suami isteri dengan cara menimbulkan kebencian dan permusuhan antara pasangan, sahabat, mangsa dan ibu bapa serta keluarga mahupun rakan kongsi. Kadangkala boleh terjadi pabila sihir yg berhajat dikenakan kepada seseorang tidak kesampaian dan akhirnyaa insan tidak berdosa lain yg menjadi mangsa. Setelah membaca serba sedikit tentang jenis sihir ini, hati teringat kepada seseorang yang dikenali, yang sering mengadu bahawa hubungan dengan sang ibu teralu dingin. Sepertinya ada je yg tak kena. Panas katanya. Sang ibu, setiap masa pabila bertentang mata ataupun berada dengan insan malang yakni anaknya itu, sentiasa mengeluarkan kata2 yang sering membangkitkan amarah si anak yg malang. Padahalnya bendanya tak ada apa pun. Benda kecik macam isu bau perfume yg dipakai anaknya yg malang tu tak wangila, busuklah ada sahaja. Adakalanya, kala berkumpul ramai2, sang ibu kelihatan okey dan berbual gembira degan org lain, tapi bila tiba sang anak malang itu,yg cuba utk ikut serta, 360 darjah reaksi sang ibu bertukar marah dan mulalah berkumandang katakata yang tak enak didengar.Ada sahaja benda yang mengundang ketegangan antara mereka. Perbuatan dan kata-kata sang ibu walaupun sering saja menyakitkan hati dan mengundang kemarahan anak malang itu, sering didiamkan atas alasan masih hormatkan ibu. Namun dalam hati, Allah saja yg tahu. Hatinya berdetik, kenapa setiap kali mesti dia. Dari kecil, hidupnya jarang mahu aman, ada saja kompelin dari sang ibu, hatinya tertanya-tanya, benci sangatkan sang ibu padanya? Hatinya kalau diikiutkan mahu saja pergi jauh.. jauh dari sang ibu, yang acap kali seperti sengaja membakar hatinya yang sedia rapuh dan tak kuat. Kadangkala katanya, macam apa yang dilakukannya tak mendapat tempat di mata dan hati sang ibu.
Rasa hati yang tak terluah membuatkan hati si anak tambah parah. Hatinya mendendami; sehingga merasakan dirinya senantiasa tak selamat dan tak terancam. Jiwanya dan dirinya merasakan yang dia tidak boleh sikitpun rapat dengan bunya. Yalah bimbang dimarahi tanpa sebab lagi. Tambah mengejutkan hati sang anak, dia diberitahu oleh insan2 yang menjadi tempatya meluahkan kesedihan dan kegalauan jiwanya, yang sang ibu bertindak demikiandiluarr batas warasnya kerana terdapat sihir pembenci yang melingkari keduanya. Entah apa yang dilihat sang ibu pada dirinya sehingga wujud rasa benci yg sedemikian rupa. Hatinya berdetik; 'patutlah dgn org lain ibu ok, patutla bila aku dgn org lain ok jugak, cuma kami yg tegang'. Bru dia tahu kini, terasa marah kerana shur yang dituju kepada org lain, supaya org itu dibenci dan membenci ibu, terkenaa pada si anak malang yang tak tahu apa2. Kini baru dia tahu, sang ibu tak wajar dipersalahkan. Namun hatinya merusuh, kenapa mesti dia Kenapa mesti dia yang terkena? Kenapa harus dia yg dibenci, walaupun di luar sedar? Hatinya kecewa, org yang menuju sihir tu, dah meninggal dunia. Tak dapt dia confront (niatnya dgn cara baik) untuk mempertanyakan 'kenapa ibu saya? tahukan anda ibu tak kena? tapi saya? tahukah anda betapa sakitnya hati ini bila benda tak terluahkan? tahu kah anda betapa sukarnya bila rasa tak selamat itu mencengkam? tahukan anda yang hati ini sedih walaupun mata tak mengalirkan air mata? tahukah anda betapa kecewanya kerana anda hubungan kami anak beranak tak lancar? tahukan anda betapa terlalu kecewanya saya kerana jadi mangsa sikap pentingkan diri anda?' Sebagai insan yg rapat aku tahu hatinya. Aku tahu dia sayangkan ibunya. Pada hemat saya tang tidak lah pandai hal serupa ini, yg mungkin kedengaran dangkal namun kejadian serupa ini memang menampakkan betapa manusia masih terpengaruh dengan hal2 seumpama ini. Tak suka dengan mudahnya hantar pembenci, orang yg disassar tak kena..tapi org yang tak berdosa menjadi mangsa. Teringin je hati nak sound..Kalau tak selfish sangat dan tak menyusahkan orang lain, tak boleh ke? memang tak boleh pun tapinya..
Mood: berdoa agar semuanya kembali normal..
P/S: kembalilah kejalan yg benar. sihir hanya akan menambahkan dosa anda. Sihir tergolong dalam kategori dosa besar. Hubungan dengan manusia perlu dijaga. Apaatah lagi hubungan dengan Allah S.W.T. Ajaran Allah S.W.T x ajar benci2 orang..khianat2 orang. Sedih...
Sekadar renungan dan rujukan:
Sihir Pemisah |
Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi. |
Jenis-jenis Sihir Pemisah: |
|
No comments:
Post a Comment