March 30, 2011

Ketika kau menyapa

Aksesori yang dipakai cuba diperelokkan
Langkah cuba di atur kemas
Wajah cuba dimaniskan
Nafas sedaya upaya dikawal
Debar hati cuba dihentikan
Gagap bicara cuba dikurangkan




Ketika kau menyapa..
Hati yang rindu menjadi aman~


P/S: untuk kesekian purnamanya, detik kamu cakap 'hello' tak ubah mcm pertama kali kamu saya lihat. Cintakamu~ ;-)

March 23, 2011

Kerana sihir pembenci

Entri sangat berunsur mistik namun hati terpanggil untuk menulis perihal sihir pembenci.Sihir pembenci bertujuan memisahkan pasangan suami isteri dengan cara menimbulkan kebencian dan permusuhan antara pasangan, sahabat, mangsa dan ibu bapa serta keluarga mahupun rakan kongsi. Kadangkala boleh terjadi pabila sihir yg berhajat dikenakan kepada seseorang tidak kesampaian dan akhirnyaa insan tidak berdosa lain yg menjadi mangsa. Setelah membaca serba sedikit tentang jenis sihir ini, hati teringat kepada seseorang yang dikenali, yang sering mengadu bahawa hubungan dengan sang ibu teralu dingin. Sepertinya ada je yg tak kena. Panas katanya. Sang ibu, setiap masa pabila bertentang mata ataupun berada dengan insan malang yakni anaknya itu, sentiasa mengeluarkan kata2 yang sering membangkitkan amarah si anak yg malang. Padahalnya bendanya tak ada apa pun. Benda kecik macam isu bau perfume yg dipakai anaknya yg malang tu tak wangila, busuklah ada sahaja. Adakalanya, kala berkumpul ramai2, sang ibu kelihatan okey dan berbual gembira degan org lain, tapi bila tiba sang anak malang itu,yg cuba utk ikut serta, 360 darjah reaksi sang ibu bertukar marah dan mulalah berkumandang katakata yang tak enak didengar.Ada sahaja benda yang mengundang ketegangan antara mereka. Perbuatan dan kata-kata sang ibu walaupun sering saja menyakitkan hati dan mengundang kemarahan anak malang itu, sering didiamkan atas alasan masih hormatkan ibu. Namun dalam hati, Allah saja yg tahu. Hatinya berdetik, kenapa setiap kali mesti dia. Dari kecil, hidupnya jarang mahu aman, ada saja kompelin dari sang ibu, hatinya tertanya-tanya, benci sangatkan sang ibu padanya? Hatinya kalau diikiutkan mahu saja pergi jauh.. jauh dari sang ibu, yang acap kali seperti sengaja membakar hatinya yang sedia rapuh dan tak kuat.  Kadangkala katanya, macam apa yang dilakukannya tak mendapat tempat di mata dan hati sang ibu. 

Rasa hati yang tak terluah membuatkan hati si anak tambah parah. Hatinya mendendami; sehingga merasakan dirinya senantiasa tak selamat dan tak terancam. Jiwanya dan dirinya merasakan yang dia tidak boleh sikitpun rapat dengan bunya. Yalah bimbang dimarahi tanpa sebab lagi. Tambah mengejutkan hati sang anak, dia diberitahu oleh insan2 yang menjadi tempatya meluahkan kesedihan dan kegalauan jiwanya, yang sang ibu bertindak demikiandiluarr batas warasnya kerana terdapat sihir pembenci yang melingkari keduanya. Entah apa yang dilihat sang ibu pada dirinya sehingga wujud rasa benci yg sedemikian rupa. Hatinya berdetik; 'patutlah dgn org lain  ibu ok, patutla bila aku dgn org lain ok jugak, cuma kami yg tegang'. Bru dia tahu kini, terasa marah kerana shur yang dituju kepada org lain, supaya org itu dibenci dan membenci ibu, terkenaa pada si anak malang yang tak tahu apa2. Kini baru dia tahu, sang ibu tak wajar dipersalahkan. Namun hatinya merusuh, kenapa mesti dia Kenapa mesti dia yang terkena? Kenapa harus dia yg dibenci, walaupun di luar sedar? Hatinya kecewa, org yang menuju sihir tu, dah meninggal dunia. Tak dapt dia confront (niatnya dgn cara baik) untuk mempertanyakan 'kenapa ibu saya? tahukan anda ibu tak kena? tapi saya? tahukah anda betapa sakitnya hati ini bila benda tak terluahkan? tahu kah anda betapa sukarnya bila rasa tak selamat itu mencengkam? tahukan anda yang hati ini sedih walaupun mata tak mengalirkan air mata? tahukah anda betapa kecewanya kerana anda hubungan kami anak beranak tak lancar? tahukan anda betapa terlalu kecewanya saya kerana jadi mangsa sikap pentingkan diri anda?' Sebagai insan yg rapat aku tahu hatinya. Aku tahu dia sayangkan ibunya. Pada hemat saya tang tidak lah pandai hal serupa ini, yg mungkin kedengaran dangkal namun kejadian serupa ini memang menampakkan betapa manusia masih terpengaruh dengan hal2 seumpama ini. Tak suka dengan mudahnya hantar pembenci, orang yg disassar tak kena..tapi org yang tak berdosa menjadi mangsa. Teringin je hati nak sound..Kalau tak selfish sangat dan tak menyusahkan orang lain, tak boleh ke? memang tak boleh pun tapinya.. 

Mood: berdoa agar semuanya kembali normal..

P/S: kembalilah kejalan yg benar. sihir hanya akan menambahkan dosa anda. Sihir tergolong dalam kategori dosa besar. Hubungan dengan manusia perlu dijaga. Apaatah lagi hubungan dengan Allah S.W.T. Ajaran Allah S.W.T x ajar benci2 orang..khianat2 orang. Sedih... 

Sekadar renungan dan rujukan: 

Gambar dan artikel ehsan daripada http://www.penawar.com/sihir_dan_rawatan.html
Sihir Pemisah
Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.
Jenis-jenis Sihir Pemisah:
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.
  • Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang paling bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.



    P/S 2: Tak baik la menjatuhkan orang..apa faedahnya utk kita..

    P/S 3 pinjam tagline faymes Prof Izi Hj Ali, renung2kan dan selamat beramal!

    Wallahualam~ 
      




March 7, 2011

Ada hikmahnya..

Pagi tadi, sebelum mama pergi kerja, belia berpesan agar mini library dikemas..'susun buku elok2; kalau buku or novel melayu, letak semua sekali, jangan biarkan bahan bacaan omputeh bercampur dengan melayu, cer tengok library UKM ke, National Library ke, mana ada campor aduk kan', bebelnya. 'Yolah, cik puan, tapi kemalasan la..esok ye' balasku bergurau senda macam biasa. Hheehe. ZZaeess, sekali cik puan angkat kening Ziana Zain daa..tanda protes la tu. Hehehehe..ampun Ma. 'Yelah..yelah org buat yer.'. getusku konon takut. 'Okey, pastikan buat'. sekali lagi beliau bertitah dengan gaya penuh kediktatoran tidak seperti Muamar Gaddafi ataupun arwah Saddam. 'Okeylah, mama nak pegi dah. Cepat salam. Layan kau jem nanti jalan'. 'ok bye mama, take care.'  Seusai beliau memacu keretanya pergi (pergh ayat, ni mesti sebab baca Ranjau sepanjang jalan karya Shahnon Ahmad semalam..haha), bermula lah episod mengemas mini library. Setiap tindak tanduk mesti beserta dengan keluhan. 'alaa, apelah lelabah ni suke jer buat sawang'. 'ishhh, kene air pulak buku ni'. tak henti mengomel. 'Mama pun, suka sgt baca buku (padahal je sebab aku pun suka gak; berperanan menambah koleksi, tapi bab kene kemas, memang fail sikit la..) sikit2 beli buku..kan dah banyak..orang gak kene kemas..' heheheh.Besela sound effect kan. Takde memang tak sah. Dalam kerancakan menyusun buku mengikut bahasa pengantarnya dan juga genre (yer cik puan x suka fiksyen bercampur dengan bografi yer..or ilmiah ke..or motivasi ke okay), tiba-tiba tangan terpegang buku setebal kamus dewan berjudul Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air mata. 'Best ke buku ni?' getus hati. Lembaran diselak satu demi satu. Buku nukilan Fatini Yaacob (kini Datin Seri Fatini Yaacob) ini bukan fiksyen. Beliau juga bukan pengarang. Ianya seperti sebuah rencana, yang diantarakan (betulke penggunaan perkataan ni?..kalau dalam BI nak guna 'narrated'; maaf dalam BM tak pasti) dengan cukup baik oleh beliau. Kisah ini bermula semasa zaman penjajahan Belanda dan ketika era Meiji Jepun yang berleluasa di Tanah Nusantara, dimana sepasang suami isteri berbangsa Belanda, sang suami askar berpangkat sarjan dan isterinya tak lagi mampu menampung keluarga besar mereka. Nenek Natrah menyerahkannya kepada Che Aminah. Guru Bahasa Jepun mereka. Che Aminah yang tidak mampu mempunyai zuriat cukup bersyukur diatas peluang yang dianggapnya sebagai kurniaan itu. Maka bermulalah episod hidup seorang gadis kecil Belanda, berkulit putih kemerahan, berhidung mancung dan bermata biru itu di Tanah Melayu; yang cukup indah baginya. Segalanya baik sehingga keluarga kandungnya menuntut kembali Natrah. Che Aminah yang bimbang kehilangan anak angkatnya yg cukup dikasihi, mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi, jejaka budiman yg cukup berpendidikan tinggi dan berperibadi mulia. Che Aminah berharap dengan perkahwinan itu, Natrah dapat kekal di sini. Harapan tinggal harapan, kerana Che Aminah harus akur pada keputusan mahkamah yang memutuskan supaya Natrah dikembalikan kepada keluarga kandungnya. Pada ketika ini, berlakunya rusuhan yang menentang keputusan mahkamah. Orang Islam khususnya melayu cukup mementang keputusan ini. 1950, rusuhan di Singapura sebagai bukti. Di dalam ketegasan orang kita memprotes keputusan mahkamah, Natrah dilarikan ke Belanda. Apalah nasibnya. Apalah sangat kudratnya untuk melawan keputusan itu. Dia akhirnya pulang ke Belanda. Warga Belanda menganggapnya sebagai suatu simbol kemenangan. Iyelah, berjaya mendapatkannya kembali. Dia tidak pernah menyangka yang hidupnya berubah secara total pabila kembali ke negara keturunannya itu. Dia dipaksa membuat segala kerja rumah, sementalah dia tidak pernah lelah sedikit pun ketika bersama Che Aminah. Hidupnya lebih melarat di Belanda. Sayu dan simpati bercampur baur ketika pembacaan diteruskan. Saat pembacaanku tiba pada kisah Natrah dan perkahwinannya di Tanah Melayu, hati ini kian tersentuh Serasa dapat menyelami dua hati berlainan bangsa ini dalam melewati episod penuh cinta mereka. Al Mansor Adabi dan Natrah. Menurut penulis, mata Natrah sering berkaca-kaca apabila nama bekas suaminya itu dibangkitkan. Iya aku macam mengerti je. Omputeh selalu cakap 'First love will never be forgotten'. Mungkin itulah yang terjadi. Mansor Adabi yang kehilangan isteri tanpa jemu berjuang untuk menuntut haknya kembali. Dan si isteri yang nun jauh di Belanda, hanya mampu berharap sang suami datang memabawanya pulang. Sekali lagi, dek kerana ramai yang menentang hubungan kasih sayang mereka, ada yang tergamak menganiaya mereka. Mansor di Tanah Melayu berputus asa, kerana menyangkakan 'Adek Nadra'nya sudah berubah hati, manakala Natrah pula dimomokkan dengan fitnah yang Mansor sudah melupakannya dan kini berkahwin lain. Memang benar Mansor berkahwin lain, cuma sebabnya dipalsukan oleh pihak yang berkepentingan itu.  Sedihnya.. Lagi sedih dari cerita Hindi.. Diaorang tak tahu apa2 pun.. Aku terus membaca, dan larut dalam lara hati setiap mereka yang terlibat. Kepiluan sang ibu angkat yang kehilangan anaknya yang cantik, anaknya yang dididik dengan penuh santun berlandaskan agama dan norma-norma timur, kegalauan sang suami yang belum puas berkasih sayang dengan isterinya, dan juga kedukaan Natrah yang tiada berpenghujungnya. Sedar tak sedar, dah habis buku itu kubaca. Air mata jangan cakaplah.. kalau boleh ditadah, maunya bagi kat Sultan Mahnud, buat hantaran pinang Puteri Gunung Ledang..  Ianya sebuah naskhah yang baik, pada hematku. Dalam pada masa yang sama, hati berdetik, ada hikmahnya aku tak tengok teater muzikalnya haritu. Dengan kontroversi yang melanda antara pengarah teaternya dan penerbit bukunya, nak2 lagi dimuzikalkan, aku sangsi samada pengisiannya dapat disampaikan secara baik; samada penonton dapat melihat mesej disebalik tragedi ini. Yes, I doubt it. Sementelah pandanganku lebih mengatakan, adaptasi tidak mungkin akan sebaik dari dalam buku.. mungkin.

P/S: Baru tersedar mini library tak habis lagi kemas, cepat kemas Ili!!!!

Bacalah. Anda akan merasakan cinta, hati anda kan merusuh tak puas, dan akhirnya, air mata saja yang merungkaikan segalanya. S0bsSS!

March 2, 2011

Mari belajar ABC.. :-P

BOY : ABC
GIRL : huh?!
BOY : Always Be Careful
GIRL : ahh. and then?
BOY : DEFG
GIRL : what?
BOY : Don’t Ever Forget Girl
GIRL : forget that?
BOY : i’m HI.
GIRL : huh?
BOY : Happy Inlove
GIRL : so?
BOY : JKLM
GIRL : and what that suppose to mean?
BOY : Just Keep Loving Me.
GIRL : so how about? NOPQRSTUVWXYZ?
BOY : (stop and think)
BOY : No Other Person Quite Reasonable Shall Treat U Very Well Xceptme

~Haha, cheesy betol. Kredit: Status budak pompuan Form2 sekelas dengan adik lelaki. Tapi kreatif gak la. Ni ala2 macam citer hindi Hum Saath Saath Hain punya lagu..'ABCDEFGHI..JKLM..NOPQ..RSTU..VW..X..YZ..I lebiuuu' <3 keke~

Chasing the American Dream

It's the pursuit of success, fame and wealth through thrift and hard work. The integral key of this idea is; anything is attainable through hard work.
I have to say that I'm one of the avid chaser of such a 'dream', and it doesn't change me into an American. (maybe not yet..maybe never ;) ) I believe every citizen of the world (be it Malaysian, Spaniard, Thai..etc etc) deserves to live a better and fuller (perhaps richer?) life
based on one's ability or achievement. And with that remark, I would like to share with all of you; all the things that that I've been dreaming about: ;)

MY wishlists:

1) To be able to further the doctorate study in America. (be it Harvard, Princeton, Chelsea, Yale and many more)
2) To be awarded with doctorate (PhD)before I reach the age of 30.
3) To be able to do the work I love the most.
4) To be able to provide all the basic needs and fulfill the wishes of my beloved family.
5) To be able to buy Louboutin's heel, Prada's handbag and clutch, etc..etc ;) ;P
6)and the list goes further and further on.. ;)

~Dream is subjective. It's up to you to dream of anything that you like. As for me, my dreams are subjected to change; as it could be changing from time to time.