August 12, 2011

Down the memory lane

It has been 4 years since I finished Asasi Undang-Undang KPTM but yet it still feels like yesterday.That was my first experince in campus. I met many beautiful people; some that I remain in connection with, some are just lost in contact but still if I happened to bump into them in megamalls, I can still recognise their faces and there are those I wonder whether I ever can see them again since they went so far away. We were so young, just at the ripe age of eighteen where everything then is worth trying. We hung up many times and sticked into one group; in thick or thin. We considered ourselves a family; since everybody are away from home and family. I remembered those day everytime when examinations were right around the corner, we used to have discussions in Dataran Cendekia. It is the best rendezvous that connects girl's and boy's hostel. We formed a big circle and we had the huslers teaching those who understand less about many respectives topics. To be truthful, the moment spent educationally during the discussions were far less compare to the lengthy of time we used to joke around; teasing everybody there and as well time to finished up all the food (we were food maniacs who eat almost everything). Back then in UiTM Shah Alam, everything (faculties and libraries) are compounded next to each other and it made our journey easy and short and we can always walk without worrying about the fact that we would miss any bus. Walking in group, either during hot days or in the rain were common for us and I believe that helps in making us close. Here are some pictures that I owned during the Pre-U programme:

Anep Barong & Daus Molong: without them the class would be dull. 
 Hairul Adhan Ruzan; a proud Bajau who is now a Sheffield Hallam's graduate.
Again Hairul with Syiimir; they were the hustlers who scored well either in tests,quizzes and examinations. I bet they're still the crème de la crème
We called her Wani Ipoh as there are two Wanis in class.Hehe 
Mastura Hani & Siti Taqiah; they found chemistry in each other. Taqiah is a nothern girl who hailed from Alor Star while Mas is from Johore.
Sharifah Fathin, Izzah and Izzati; they made jokes almost everytime
Khalillah & Fatihah; when can I see you girls again?? =,(
 
Look at their young and tender faces; it's Belle, Wani and Molong. Do you recognised Wani? She's the second runner-up for Pencarian Covergirl Dara.com/Safi Balqis 08/09.
the girls of the class..
 
how come these are the only thornes among the roses..?? ahaha
 half of us being the so called devils versus....
THE ANGELS!!!!!
Isn't he adorable? This is Botak when he was playing goody daddy to the doll.

I just simply like this picture
Everybody love Dezy's top
Picture perfect; I know it is because I snapped this photo.
Mmmuacckks!! From us with love..

These are rather old pictures but hell still they mean a lot to me. Some of them mentioned, we need to move on and I do agree with them. However, I still treasure the memories as it is the foundation of what I have now. 






You know you're a woman when...........

1) As a girl you used to dress for the boys. As a woman you dress for other woman. If a man checks you out, you definitely know it is because of your body but when a woman checks you out, you know that it is because of you.

2) As a girl you used to look for a job that will make you happy. As a woman you will find happiness in your work, whatever it is. It isn't the work that makes you but instead you who makes the work.

3) As a girl you used to go for the cutest guy a girl like you could find. As a woman you'll go for the smartest guy a woman like you can ever find. Good looks alone cannot feed a family for long, but good brains never go out of style.

4)As a girl you used to shp..$$$..shop..$$$ and errr shop $$$ again. As a woman you will earn, budget, shop and save. Manolo Blahnik shoes and Liz Claiborne handbags will be of little comfort in your old age but however a comprehensive medical pla and mature trust fund will.

5) As a girl you used to argue or give in; bluster and fight. As a woman you will speak up or compromise; listen and apologize. If that means making compromises now and the, so be it. And if it means walking away to save yourself grie, so be it. And if that means you have to sacrifice the thing that you wish and long for your loved ones, so be it too.

As for me,being a woman has never been such a blast a and I am very glad and indeed grateful to be born as one. =)

Long live, ladies!

August 11, 2011

Pinjam


Pinjamkan hatimu untuk semua
Buat menyepuhi sejuta rasa
Dan pandanglah ke langit sana
Mungkin kau ketemu kelibat yg dicari
Pinjamkan hatimu untuk semua
Agar terwujud senyum di bibir itu untukmu
Di balik senyum ada doa
Agar semua yg bakal terpandang buatmu
Menjadi milikmu tanpa perlu kau berbagi-bagi ... :)

Laila..namamu teratas


           Meminjam judul dan aura lagu Search, kerana itulah simbolik perasaan Qaisy.Setiap masa. Setiap waktu. Laila tetap diingati. Nama Laila menjadi dambaan, untuk dirinya melangkah fasa yang seterusnya. Qaisy sentiasa yakin bahawa suatu hari nanti Laila yang dikasihi bakal menjadi miliknya. Doa yang sama dititipkan buat Yang Maha Pencipta agar impiannya menjadi nyata. Doanya agar akan tiba suatu masa Laila akan rela menyambut hasrat yang selama ini telah diluahkan. Qaisy menyandarkan seluruh harapan hatinya kepada Tuhan dan mengharapkan akan berlakunya keajaiban dalam kisahnya dengan Laila.
          Kuatnya rasa hati Qaisy buat Laila terbukti apabila Qaisy kerap gagal dalam memberi peluang kepada insan lain yang ingin cuba bertapak di hatinya. Bukan tiada yang mencuba dan bukan tidak pernah dia mencuba, namun cinta lamanya tetap ditagih. 'Biarkan aku kecewa, jangan yang lain begitu', getusnya dalam tekad yang terselit keikhlasan. Tekad yang mungkin membunuh impian insan2 lain yang ingin cuba bergelar 'laila'. Namun Qaisy sebenarnya berlaku adil. Mencuba sebaiknya. Berlaku adil pada dirinya, pada Lailanya dan juga pada insan2 lain. Walaupun segalanya penuh dengan kesukaran dan kesedihan. Bagi dirinya dan juga bagi insan2 lain. Namun segalanya perlu diteruskan. Hidup dan perjuangan cinta Lailanya. Qaisy akan terus di situ. Cuma ada dua kemungkinan yang akan mengubah Qaisy, namun dia tidak betah memikirkan sesuatu yang negatif. Harapannya cuma satu. Yakni harapannya buat Laila. Dan buat kesekian kalinya, lelaki itu meminta. Meminta dari Tuhannya yang Agung. Dan buat masa ini, nama yang teratas di hatinya, itu Laila.

Bukan Laila Majnun

            Hikayat lama sang pecinta yang jauh lebih mengasyikkan, jauh lebih mengharukan daripada Romeo dan Juliet.  Ini bukan sinopsis mahupun ringkasan hikayat lama itu. Sekadar refleksi sebuah kisah biasa-biasa orang biasa-biasa dalam hidup mereka yang serba biasa. Qaisy (bukan nama sebenar pastinya) telah sekian lama memendam rasa hatinya buat Laila. Laila yang dikasihi sepenuh hatinya ibarat bulan, jauh dari jangkauan walaupun kasih Qaisy setinggi langit.


Qaisy:  “Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN. Sampai masanya cinta jadi taruhan, Laila menjadi impian.”


          Detik berganti detik, minit beralih minit, namun Qaisy masih kejap mempertahankan rasanya buat Laila. Buatnya Laila adalah kurnia terbaik dalam hidupnya. Harapnya Cuma satu, biarlah Laila yang mengetuai gerombolan bidadari di langit ketujuh itu nanti. Sekalipun itu hanya berlaku dalam mimpinya, Qaisy rela kerana cintanya buat Laila melebihi dirinya.
          Bukan tiada yang cuba menguggah cintanya buat Laila, namun tidak seinci hatinya terkalih. Kelibat wanita itu tetap dirindu. Bariskanlah sebanyak mana wanita lain dihadapnya, Qaisy teguh memilih Laila sekalipun belum ada sesuatu yang boleh diputuskan di antara mereka. Laila, hatinya sukar ditebak. Tutur kata, lenggok badannya seperti mengiyakan rasa yang sama buat Qaisy.  ‘Biarlah semuanya ditentukan oleh yang Maha Mencintai,’ getus Qaisy setiap masa. Mungkin suatu epilog untuk mengubat galau jiwanya yang sekian lama terwujud.  Namun lelaki itu, terus betah menunggu. Terus sabar menanti Lailanya. Terus begitu. Biar untuk seribu tahun lagi, Qaisy akan menanti Laila. Menunggu restu dari ‘atas’ untuk mengakhirkan kisahnya dengan sebuah pengakhiran yang indah. Untuk kesekian kalinya, hanya renungan penuh erti yang dilemparkan buat Lailanya. Menunggu jika suatu hari nanti Laila akan menjadi miliknya.

Qaisy: “Tanpa lafazpun kau tahu kau kutunggu.”

Pergilah


bila ada aku hanya menambah sebal kamu
jika bicara aku tak lagi mengubat sunyimu
bila wujud aku hanya memasung hati kamu
jika aku kini menjadi musuh baikmu
yang perlu kau elakkan..
bila rasa itu tidak mungkin untukku
pergilah.. kejar impian sucimu
pergilah..tiada yang menghalang kamu

Tutup buku


seketika hati tersentak
lidah jadi bisu
bicara jadi bertabur..
semuanya jadi canggung..
mana pergi semua yg dulu
rindu kenangan lalu
sedar diri x layak menghukum
x layak menilai..
x layak protes
walaupun nampak kekalahan diri
akan lebih kalah jika tertewas pada emosi..
biarlah, Tuhanku kata ada ganjaran utk org yg sabar..
tenanglah hati..
waraslah akal..
lalu perlahan2 senyuman yg terlempar ke tanah dikutip..
'letakkan semula di tempat asal" pinta hati dan akal
senyum dah tersungging.. tangan tergerak..ke halaman yg terselak..
tutup buku~~ :)

Jalan


                              kaki berderap membawa langkah

kehujung mana berhenti tak pasti

mengharapkan adanya simpang bukan jalan mati

jalan laju makin termengah

tengok kiri kanan..

pandang depan..jalan terus..

Kembali beraksi

Setelah beberapa lama blog terbiar sepi, akhirnya muncul semula semangat dan ide-ide untuk ber'blogging'. Orang kata, seorang 'blogger' adalah seorang 'loser', selalu sepi dan at the same time nak attention. sebab tu layan blogspot. katenya lagi, blogger biasanya tak otai sebab tulis jeeee bolehlah, yang lain, apa pun tak boleh. Hehehe..yeke? Bukan saya cakap..org lain cakap. Tapi sedikit sebanyak mcm setuju jugaklah. Kemana saya pergi hingga bulan demi bulan, detik berganti detik, masa bertukar ganti? hingga blog tak terkemaskini? hehehe.. kerana saya fikir, saya nak bercinta.. atau mungkin memang saya telah  bercinta selama april hingga july sehingga blog terbiar sepi.. manakan tak jari jemari keras menekan keypad henset. hehehe.. tapi sesungguhnya saya hanya mampu merancang..langit yang disangka cerah hingga ke petang, rupanya kehujanan diri ini di tengah hari. aku gagal lagi. hehehe.. yerp, gagal lagi utk kesekian kalinya.  Lumrah manusia, bila dah kehilangan baru terhegeh2 nak cari satu escapism utk meng-away-kan diri dari segala unsur2 'emo' akhirnya kuputuskannn juaa utk menulis blog seperti sedia kala. dengan harapan ia menjadi suatu medium dan terapi utk mengembalikan keadaan ke sedia kala. Insya Allah :)