Meminjam judul dan aura lagu Search, kerana itulah simbolik perasaan Qaisy.Setiap masa. Setiap waktu. Laila tetap diingati. Nama Laila menjadi dambaan, untuk dirinya melangkah fasa yang seterusnya. Qaisy sentiasa yakin bahawa suatu hari nanti Laila yang dikasihi bakal menjadi miliknya. Doa yang sama dititipkan buat Yang Maha Pencipta agar impiannya menjadi nyata. Doanya agar akan tiba suatu masa Laila akan rela menyambut hasrat yang selama ini telah diluahkan. Qaisy menyandarkan seluruh harapan hatinya kepada Tuhan dan mengharapkan akan berlakunya keajaiban dalam kisahnya dengan Laila.
Kuatnya rasa hati Qaisy buat Laila terbukti apabila Qaisy kerap gagal dalam memberi peluang kepada insan lain yang ingin cuba bertapak di hatinya. Bukan tiada yang mencuba dan bukan tidak pernah dia mencuba, namun cinta lamanya tetap ditagih. 'Biarkan aku kecewa, jangan yang lain begitu', getusnya dalam tekad yang terselit keikhlasan. Tekad yang mungkin membunuh impian insan2 lain yang ingin cuba bergelar 'laila'. Namun Qaisy sebenarnya berlaku adil. Mencuba sebaiknya. Berlaku adil pada dirinya, pada Lailanya dan juga pada insan2 lain. Walaupun segalanya penuh dengan kesukaran dan kesedihan. Bagi dirinya dan juga bagi insan2 lain. Namun segalanya perlu diteruskan. Hidup dan perjuangan cinta Lailanya. Qaisy akan terus di situ. Cuma ada dua kemungkinan yang akan mengubah Qaisy, namun dia tidak betah memikirkan sesuatu yang negatif. Harapannya cuma satu. Yakni harapannya buat Laila. Dan buat kesekian kalinya, lelaki itu meminta. Meminta dari Tuhannya yang Agung. Dan buat masa ini, nama yang teratas di hatinya, itu Laila.
No comments:
Post a Comment