January 9, 2011

lauk ayam sambal..

SEDAP OKEYY!!


 MELETOP!!


LAPAR!


MAK AIHH! MEMANG LAPA!


NICE..NICE..NICE..


Kecur air liur ok tengok gambar. Sebenarnya, memanglah disengajakan untuk entri ini berkisar tentang 'mekanan'. Hehe.. Sedikit penerangan secara general tentang ayam sambal ini. Lauk 'favourite' terutamanya di kenduri kendara. Kadangkala boleh kita dengar 'sosek-sosek' tetamu yang mengatakan bahawa kelazatan hidangan kenduri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rasa dan kualiti lauk ayam sambal yg dihidangkan.
    Well, itu bukanlah point yang utama. Hal yang sebenarnya ialah saya sedang kelaparan. HEHE.. Menu ini memang wajib dalam keluarga. Seminggu adelah sekali dua kan masak lauk ni. Sebab utama lauk ni menjadi 'feveret' kitorg ialah sambalnya yg 'very rich in aroma and taste; dimakan bersama nasik putih yg panas, letak ulam timun sehiris dua, kicap sikit,,,waaa marveleso!!! verryy the finger lickin' greatt!! tak kisah lah nak makan masa lunch ke .. , dinner ke .. , sahur mahupun berbuka ke .., ayam sambal tetap releven. 
    Cakap pasal ayam sambal, teringat pada wan (nenek) saya. Beliaulah merupakan pioneer yang mula mempromosikan lauk ayam sambal dalam famlily besar kami. Ayam yang ada digoreng separuh masak, sebelum di'sambal'kan. Kata Wan, kalau ayam mentah, lambat nak masak, dan juga tak best laa..
    Sedari zaman kecil2 lagi kami dah didedahkan untuk makan (sentiasa besar..jarang makan sikit..hehe) nasi dengan lauk ni. Dulu kecik2 duduk dengan Aki dan Wan, tengok tivi org makan nasik lemak..sibuklah kitorg nak.. Memang mengada, padahal Wan dah masak ayam sambal. Terpaksalah Aki bawak kitorg round naik motor, sementelah Wan bungkus nasi dan lauk yang ada dalam surat khabar..konon2 nasik lemak lah tu..
Tu belum lagi masa masuk sekolah, hari-hari bawak bekal wan masak..lauk feveret semua tu lah..
     Rinduuu kat Wan. Rindu masa Wan sihat.. Rindu Wan masak sedap2 utk kitorang semua.. Walaupun boleh beli lauk ni..tetap tak sama macam Wan masak kan.. Rindu semuanya... Sekarang saya dah boleh masak sendiri ayam sambal..Wan cakap 'baguslah awak dah boleh masak lauk tu..adik2 and cousin2 kan suka..' senyummm ;-D ..terima kasih wan..i love you.. Dan kadang bila masak and Mama rasa, nampak Mama diam sekejap..dupdapdupdap.. lepastu Mama komen 'Sambal lain kali bagi garing lagi..barulah lagi sedap..' Ok Mama.. 
Biarpun beribu kalori lauk ni..walaupun orang akan cakap, jogging wei lepas makan nasik lauk tu..ayam sambal tetap cukup sentimental pada saya.  

Mood: Lapar 





No comments:

Post a Comment