Saya memang peminat En.Dora-emon ni. Dari kecik2 lagi, hari sabtu dulu2 kan pukul 7.30 ada tayang cerita Doraemon kat ntv7. Tu belum lagi cd-cd doraemon milik adik (yg kini dh besar..) yang mana saya selalu sangat tumpang sekaki. Syok woo layan Doraemon. Bila Nobita rasa sedih, sedihla perasaan tu menangisi Nobita. Bila Giant dan Suneo buat perangai,terasa jugak menyampah yg amat sangat kat diorg. Haha.. Lepastu rasa sweet sangat Doraemon dengan adik dia, Doralin sama2.alolololo.. cute je kan..
Kalau saya seorang Doreamon, first thing saya nak buat ialah mengecilkan size badan n kaki untuk menyenangkan proses membeli-belah. Kan best, suluh je lampu, terus bertukar saiz badan menjadi slim.Huiyoo.. Best tu..Lepasni bolehla shopping kaT Vincci ker..Nose ker kan..kaki dah kecik alkisahnya..
Keduanya, kalau saya Doraemon, saya nak sangat kipas terbang dia tu. Ampang kan selalu jamned. Ada benda tu, tak payahla saya naik tren lagi.Terbang je sampai Bangi..hehe. Nak kemana aja pun senang. Tak payah isi petrol, tak payah beli tiket. Hanya terbang.. Bawaku terbang ke bintang kejora..hhaha
Bila dah jadi Doraemon ni, item best yang mesti-mau-ada ialah pintu suka hati. Dalam hati setla nak pegi mana. Pulas je tombol, taraaa..dah sampai!! Bestkan kalau ada, bolehla saya bercuti ke luarnegara. Tak payah beli tiket, open ke close ticket ke. Saya hanya buka pintu. Pastu kalau lapar boleh guna benih makanan Doraemon. Alaa, benih yang nanti jadi buah kelapa tu dan dalamnya berisi makanan yang kita hajatkan..aduiyaaaiii..hehehe bestnyaTu belum lagi kain berupa seprah yang bila cakap nak makan apa terus keluar..Hmmmm bestnya..Dahla okay angan2 tu, cepat2 siap nak pegi Bangi dah ni..
ooo... akak terlupa pasal benih makanan tu... =P bestnyer kalau akak doremon. sekarang akak teringin teppanyaki! mau! mau! huhu...
ReplyDelete