'Ohh Ili skarang belajar balik ye?' 'Ye', jawabku sepatah sambil tersenyum. 'Ohh, best tak study balik?' Jawapanku; ' Hehehe, best gak la..' 'Susah tak Ili ambil Master?' 'Xtau cemana nak kata, ikut org.. mcm mak, aki wan, n uncle auntie saya kate ' When there's a will, there's a way..' senyum lagii.. 'Kenapa Ili nak sambung Master ye, xnak kerja dulu?' Ili menjawab ' saya nak jadi lecturer, ajar org..bg assignment..pegi conference..kejap kat Shanghai kejap kat Cordova...wat soalan exam..mark..tgk la pass kan or fail kan student ke ;-P ..sebab tula kot..lagipun saya muda lagi (Yeke muda? ;-P) THEHEHE' 'Ohhh..' hanya itulah ekspresi pengakhiran setiap kali org mengajak saya berbual tentang hal ini.
Saya sedar, keputusan menyambung pengajian ke peringkat Master, pasti akan menimbulkan persoalan di kalangan insan2 yang mengenali saya. Tak dinafikan, sebelum sambung memang hampir berjuta kali saya fikir pasal ni. Betul ke? Sanggup ke? Larat ke? Siap buat senarai kebaikan dan keburukan sambung belajar lagi. Org cakap, yela kan, awak tu fresh grad degree..klau kerja pun ok ape..boleh beli kereta, beli rumah..beli handbag, kasut, baju, tudung.. boleh gi cuti2.. duit sendiri..takde sapa nak larang..
Memang, tergoda tengok kawan2..hari ni kereta baru..minggu depan henpon baru.. bulan lepas dah pegi shopping kat London.. esok hari..boifren baru..thehehehe..What a life.. Setiap minggu lepak-lepak lepas lelah kat Planet Hollywood la.. Hartamas la..mcm2 lg.. Secara lahiriahnya, siapa yang taknak semua tu kan..termasuk juga saya..
Fikir punya fikir, saya rasa dah jumpa jawapan yang dicari. Bukan meninggi diri, jauh sekali takkabur atau bongkak. Ini mungkin pandangan saya sahaja; tidak bermakna orang lain harus setuju. Apabila saya ditawarkan course ini, English Language Studies 3 tahun lepas, saya dah agak dan boleh rasa 'I'm so gonna like this course..' Ye, memang saya suka. Dihujung2 pengajian, terasa sedih nak habis belajar..rasa tak puas..rasa mcm banyak lagi yang belum dan boleh saya 'explore'.. dan masa itulah terdetiknya rasa cinta akan apa yg saya pelajari ini.. Jadi jawapan yang hampir tepat setakat ini adalah cinta. Kerana cintakan ilmu itu, saya masih disini..menyambung pengajian... mengharapkan esok lusa dapat saya tuai hasilnya..
Saya mungkin belum ada kereta..belum mampu bercuti di luar negara.. Tapi kerana cinta yg ada ni..dan juga cinta akan keluarga yg sangat2 mahukan saya memiliki Master pula selepas Degree..maka saya teruskan.. Sebab saya percaya, dengan cinta saya mungkin mampu mengubah dunia.. ye tak? berangan jer..ye la kot kan.. ;-)
No comments:
Post a Comment