Pagi tadi, sebelum mama pergi kerja, belia berpesan agar mini library dikemas..'susun buku elok2; kalau buku or novel melayu, letak semua sekali, jangan biarkan bahan bacaan omputeh bercampur dengan melayu, cer tengok library UKM ke, National Library ke, mana ada campor aduk kan', bebelnya. 'Yolah, cik puan, tapi kemalasan la..esok ye' balasku bergurau senda macam biasa. Hheehe. ZZaeess, sekali cik puan angkat kening Ziana Zain daa..tanda protes la tu. Hehehehe..ampun Ma. 'Yelah..yelah org buat yer.'. getusku konon takut. 'Okey, pastikan buat'. sekali lagi beliau bertitah dengan gaya penuh kediktatoran tidak seperti Muamar Gaddafi ataupun arwah Saddam. 'Okeylah, mama nak pegi dah. Cepat salam. Layan kau jem nanti jalan'. 'ok bye mama, take care.' Seusai beliau memacu keretanya pergi (pergh ayat, ni mesti sebab baca Ranjau sepanjang jalan karya Shahnon Ahmad semalam..haha), bermula lah episod mengemas mini library. Setiap tindak tanduk mesti beserta dengan keluhan. 'alaa, apelah lelabah ni suke jer buat sawang'. 'ishhh, kene air pulak buku ni'. tak henti mengomel. 'Mama pun, suka sgt baca buku (padahal je sebab aku pun suka gak; berperanan menambah koleksi, tapi bab kene kemas, memang fail sikit la..) sikit2 beli buku..kan dah banyak..orang gak kene kemas..' heheheh.Besela sound effect kan. Takde memang tak sah. Dalam kerancakan menyusun buku mengikut bahasa pengantarnya dan juga genre (yer cik puan x suka fiksyen bercampur dengan bografi yer..or ilmiah ke..or motivasi ke okay), tiba-tiba tangan terpegang buku setebal kamus dewan berjudul Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air mata. 'Best ke buku ni?' getus hati. Lembaran diselak satu demi satu. Buku nukilan Fatini Yaacob (kini Datin Seri Fatini Yaacob) ini bukan fiksyen. Beliau juga bukan pengarang. Ianya seperti sebuah rencana, yang diantarakan (betulke penggunaan perkataan ni?..kalau dalam BI nak guna 'narrated'; maaf dalam BM tak pasti) dengan cukup baik oleh beliau. Kisah ini bermula semasa zaman penjajahan Belanda dan ketika era Meiji Jepun yang berleluasa di Tanah Nusantara, dimana sepasang suami isteri berbangsa Belanda, sang suami askar berpangkat sarjan dan isterinya tak lagi mampu menampung keluarga besar mereka. Nenek Natrah menyerahkannya kepada Che Aminah. Guru Bahasa Jepun mereka. Che Aminah yang tidak mampu mempunyai zuriat cukup bersyukur diatas peluang yang dianggapnya sebagai kurniaan itu. Maka bermulalah episod hidup seorang gadis kecil Belanda, berkulit putih kemerahan, berhidung mancung dan bermata biru itu di Tanah Melayu; yang cukup indah baginya. Segalanya baik sehingga keluarga kandungnya menuntut kembali Natrah. Che Aminah yang bimbang kehilangan anak angkatnya yg cukup dikasihi, mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi, jejaka budiman yg cukup berpendidikan tinggi dan berperibadi mulia. Che Aminah berharap dengan perkahwinan itu, Natrah dapat kekal di sini. Harapan tinggal harapan, kerana Che Aminah harus akur pada keputusan mahkamah yang memutuskan supaya Natrah dikembalikan kepada keluarga kandungnya. Pada ketika ini, berlakunya rusuhan yang menentang keputusan mahkamah. Orang Islam khususnya melayu cukup mementang keputusan ini. 1950, rusuhan di Singapura sebagai bukti. Di dalam ketegasan orang kita memprotes keputusan mahkamah, Natrah dilarikan ke Belanda. Apalah nasibnya. Apalah sangat kudratnya untuk melawan keputusan itu. Dia akhirnya pulang ke Belanda. Warga Belanda menganggapnya sebagai suatu simbol kemenangan. Iyelah, berjaya mendapatkannya kembali. Dia tidak pernah menyangka yang hidupnya berubah secara total pabila kembali ke negara keturunannya itu. Dia dipaksa membuat segala kerja rumah, sementalah dia tidak pernah lelah sedikit pun ketika bersama Che Aminah. Hidupnya lebih melarat di Belanda. Sayu dan simpati bercampur baur ketika pembacaan diteruskan. Saat pembacaanku tiba pada kisah Natrah dan perkahwinannya di Tanah Melayu, hati ini kian tersentuh Serasa dapat menyelami dua hati berlainan bangsa ini dalam melewati episod penuh cinta mereka. Al Mansor Adabi dan Natrah. Menurut penulis, mata Natrah sering berkaca-kaca apabila nama bekas suaminya itu dibangkitkan. Iya aku macam mengerti je. Omputeh selalu cakap 'First love will never be forgotten'. Mungkin itulah yang terjadi. Mansor Adabi yang kehilangan isteri tanpa jemu berjuang untuk menuntut haknya kembali. Dan si isteri yang nun jauh di Belanda, hanya mampu berharap sang suami datang memabawanya pulang. Sekali lagi, dek kerana ramai yang menentang hubungan kasih sayang mereka, ada yang tergamak menganiaya mereka. Mansor di Tanah Melayu berputus asa, kerana menyangkakan 'Adek Nadra'nya sudah berubah hati, manakala Natrah pula dimomokkan dengan fitnah yang Mansor sudah melupakannya dan kini berkahwin lain. Memang benar Mansor berkahwin lain, cuma sebabnya dipalsukan oleh pihak yang berkepentingan itu. Sedihnya.. Lagi sedih dari cerita Hindi.. Diaorang tak tahu apa2 pun.. Aku terus membaca, dan larut dalam lara hati setiap mereka yang terlibat. Kepiluan sang ibu angkat yang kehilangan anaknya yang cantik, anaknya yang dididik dengan penuh santun berlandaskan agama dan norma-norma timur, kegalauan sang suami yang belum puas berkasih sayang dengan isterinya, dan juga kedukaan Natrah yang tiada berpenghujungnya. Sedar tak sedar, dah habis buku itu kubaca. Air mata jangan cakaplah.. kalau boleh ditadah, maunya bagi kat Sultan Mahnud, buat hantaran pinang Puteri Gunung Ledang.. Ianya sebuah naskhah yang baik, pada hematku. Dalam pada masa yang sama, hati berdetik, ada hikmahnya aku tak tengok teater muzikalnya haritu. Dengan kontroversi yang melanda antara pengarah teaternya dan penerbit bukunya, nak2 lagi dimuzikalkan, aku sangsi samada pengisiannya dapat disampaikan secara baik; samada penonton dapat melihat mesej disebalik tragedi ini. Yes, I doubt it. Sementelah pandanganku lebih mengatakan, adaptasi tidak mungkin akan sebaik dari dalam buku.. mungkin.
P/S: Baru tersedar mini library tak habis lagi kemas, cepat kemas Ili!!!!
Bacalah. Anda akan merasakan cinta, hati anda kan merusuh tak puas, dan akhirnya, air mata saja yang merungkaikan segalanya. S0bsSS!