Di landasan keretapi, ada 3 fakta yang saya cukup terkesan dengan:
Fact 1: Orang kelainan upaya (buta) sehari suntuk jual tisu, jual kudap2an.
Setiap
hari di stesen LRT, wujud seorang lelaki cacat penglihatan tanpa jemu
jual tisu. Mengharapkan akan adenya dentingan syiling yg akan masuk ke
bakulnya. Duduk atas bangku hanya bersandarkan dinding untuk hasil yang
mungkin hanya berbelas ringgit sehari. Bila ditanya, katanya 8.30 malam
selalunya balik lah. Tanya lagi..'nanti sapa ambil abang? duit ni abang
simpan tak?' Tersipu2 dia tundukkan muka. Penatnya dia. Sedih..... hanya
bunyi tren, hon kereta, dan derap tapak kaki manusia jadi peneman
sunyinya. Kalau ada daya, rasa nak bawak balik rumah je.
Fact 2: Kakak yang korek tong sampah; kutip tin, lenyekkan dan jual tin.
Setiap
petang di stesen KTM, ada seorang perempuan yang kutip tin untuk
dijual. Pak2 Iran, Awang Hitam dan Arab yg tak reti bahasa dan yg lagi
rasa dia maha kaya akan gelakkan kakak ni sebab korek tong sampah atau
rela tunggu tin minuman mereka untuk dikumpulnya. Tapi kakak ni senyum
je. Ada suatu hari pen terjatuh dari bag. Dengan pemalasnya malas nak
kutip sebab fikir 'alah Pilot gel berapa ringgit je'. Kakak ni nampak
dan terus kutip. Sambil tu dia tanya 'adik punya ke?' dengan senyuman
yang tak pernah lekang. Tersenyum juga menjawab 'taklah' kerana malas
nak bersoal jawab akan pen yg sikit lagi nak habis dakwatnya. Respon tak
terduga 'Kakak ambillah. Untuk anak. Mesti dia suka'. Kaedahnya hanya
terloponglah saya. Sedih...... Kalau ini relevan, akan kujatuhkan pen
hari2 supaya anak dia gembira. Sumpah sedih....
Fact 3: Budak lelaki darjah 5 yang rajin nak tolong belikan koin biru LRT di mesin vending tiket.
Selang
setiap 2 hari di waktu petang, akan wujud seorang budak lelaki sumpah
comel yang akan berdiri tepi ticket vending machine dan tanya
'Kakak/Abang/Acik nak pergi mana? Biar saya buatkan'. Dia akan dengan
ikhlasnya, dengan penuh minatnya tekan2 skrin tu untuk dapatkan koin ke
destinasi yang dikehendaki. Bila ditanya duduk kat mana, tangan menujah
kearah entah mana2. Duduk flat katanya. Bila nak bagi upah dia menolak.
"Mak cakap tolong orang kena ikhlas'. Baiknya kau , dik. Oleh itu setiap
kali dia nak belikan aku koin, ambil kau duit selain seringgit supaya
baki tu dia tak malu nak amnbil. Bila ditanya 'asal main kat stesen?'
Jawabnya tunggu mak. Bila ditanya mak kerja apa, rupanya mak dia tukang
bersih2 di stesen. Dan dia akan tunggu maknya untuk pulang bersama-sama.
Bagus dik kau sayang mak kau. :) Akak suka...
Keretapi
dan hidup tak dapat dipisahkan. Ada yang jadikan stesen keretapi itu
rumah keduanya, tempat mencari rezekinya, tempat bermainnya. Aku? akan
terus naik keretapi.... sebab banyak aku belajar tentang hidup dari
keretapi. Tentang keretapinya, tentang landasannya..dan tentang
warga2nya. Keretapi akan terus relevan dalam hidup aku seperti juga
dalam hidup mereka:)
No comments:
Post a Comment