Dulu masa sekolah, tingkatan 3 dan 4,
selalu berangan nak sambung belajar dalam bidang undang-undang.
Tapi bila masuk tingkatan 5, barula terasa minat dalam bidang Bahasa Inggeris. Mungkin kerana faktor ingin jadi macam cikgu English saya yg best. Pada saya, English teachers memang super fabolous in fashion, and blessed with rich husbands. Best.. Tidak tersangka2, lepas tamat SPM, dapat tawaran untuk program Asasi Undang-undang di UiTM Shah Alam. Walaupun tahap ekstasi pada bidang undang-undang macam dah kurang, tapi pergi jugak. Sebab ada la rasa teruja sikit, sebab dapat kursus sama macam Mama. Hepi jugak, ada chance nak jadi macam Mama. 2 sem berlalu, kehidupan diteruskan macam biasa selepas dan semasa dalam tempoh 8 bulan tu. Subjek-subjek law dirasakan okey tapi macam tak beri impak yg kuat pada diri tapi nampak kecenderungan pada subjek2 English yang dipanggil 'BEL courses'. Takpela, orang cakap janganlah mengalah. Perjalanan sejauh ini tidak berpadanan dengan suatu pusingan patah balik. Redaaahh jjeerr.. Dalam pada u, hati dah mula rasa tak sedap. Mula counter-soal 'betulke ni? betulke ni?' Akhirnya keputusan samada layak atau tidak sambung ijazah pertama akhirnya keluar. Seperti dijangka, negatif. aku tak dapat. Aku dapat sambung pengajian dalam program pengajian bahasa inggeris di UKM. Hmm, pada aku, hepi jugak.mungkin kerana dapat sambung pengajian dalam bidang English kan. Tapi ada la rasa takut tu.. Nak masuk uni baru, jumpa lecturers baru, kawan2 baru..takut. Bayangkan dah serasi dengan sistem UiTM nak kena adapt dengan sistem uni baru. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lebih lancar daripada biasa. Minat dah ada. Bahkan dah jadi kecintaan pun pada bahasa kedua Malaysia tu. Dan dalam pada masa 3 tahun tu, wujudnya rasa nak bawa pengajian ni ke peringkat lebih tinggi. Nak sambung Master. Dan akhirnya aku di sini, menjalani hari-hari sebagai seorang pelajar peringkat sarjana yang penuh sibuk. Tak pernah sepicing pun ada masa untuk berlengah, mengeluh, bermalasan jauh lagi. Dalam masa ini jugak, aku terfikir, bahawa Allah itu maha adil, maha mengetahu dan maha sebaik-baik perancang. Permintaan dan hajat2 ku tercapai, walaupun bukan dalam keadaan 'segedebuk' dia sampai. Impian masa tingkatan 3 dan 4 dah tercapai, namun dek kerana takde keserasian, cinta tu beralih arah sehingga lah impian Tingkatan 5 menjadi nyata. Ya Allah, sesungguhnya aku tak pernah sesaat pun berhenti mesyukuriMu. Terima Kasih Tuhan kerana kini impianku masa Degree pun dah tercapai. Kini aku kembali bersama satu impian baru, teringin nak sambung ke peringkat Doktor Falsafah..dan kali ini nak pergi jauh ke luar negara. Mimpi..mimpi..hidup dalam mimpi memang indah..mimpi..mimpi....tapi takkan henti usahaku untuk menggapai mimpi..walau kini aku memang dalam mimpi ;)