February 13, 2011

Cuba dulu..baru tahu

Kalau tak dipecahkan ruyung.. Manakan dapat sagunya. 

Peribahasa di atas amat bersesuaian dalam mengambarkan persitiwa yang berlaku pada saya pada hari Jumaat lepas. Dalam ketakutan yang amat sangat untuk membentangkan sintesis tentang faktor personaliti dalam pembelajaran bahasa kedua ( ye ye je translate kan.. 'Personality factor in second language acquisition'), hari Jumaat memang cukup saya risaukan. Yela, subjek ni memang paling saya takut sekali, subjek tentang cara-cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (Theory and Practices for ESOL). Mana tak takutnya, semua classmate cikgu. Ada la dua tiga cikgu 'otai'.. memang panggil akak n abang laa.. Yang muda pun lecturer poli la, Uitm la...International students pun cikgu..ape ni..org je yg tak,, (err, cikgu tuisyen leh join ke?) thehehe..
Sebelum ni pun, memang banyak senyap dan tak interaktif dlm kelas ni, sebabnya seperti  yang dinyatakan di atas la. Takut tersalah cakap. Takut memalukan diri. Dalam takut2 tu, tup2 kene present la plak. Aduiyaii, habislah!! Apa lah yang  nak di'repekkan' kat depan nanti ni. Ahh, sudah. Tensyen la plak. Seminggu lebih punya preparation. Pinjam buku sana sini. Tengok artikel kat internet sana sini. Walaupun sebenarnya, Dr. Rosniah suruh refer textbook jer. Buatlah sedaya yang mampu.


Akhirnya, hari yang diharapkan tak menjelma pun tiba (hehe), Jumaat lepas, telah selamatnya saya membentangkan hasil kerja seminggu lebih yang penuh kepayahan, cucuran air mata, sumpah seranahan..kekeke..memang hiperbola kan. Dalam takut2 tu tawakal je..teserempk dgn geng cikgu2 otai, mengadu la kan, 'kak, abang..saya takut' diorg reply 'apehal lak?' 'yela, orgkan bukan cikgu..takut nak 'sekolahkan' cikgu2 sekalian' itu jawabku. Salah seorang dari mereka, Saravanan atau lebih mesra disapa  'Abg Sara' menjawab 'Hek eleh, xde apelah.. ko ingt kitorg sume terer ke? xde maknenya' Kak Salwati pula menokok  tambah 'xde hallah dik. Boleh punya. Awk kan muda lg..fresh lagi x mcm kitorg ni haa..yakin je boleh ok'  'Oklah' ..sepatah je jawabku.

Start2 je kelas, Dr. Rosniah dah called out for presentation dah. Sudah. Gasakla ape nak jadi. Redaahh je bak kate Nadia AF6. Sepanjang presentation tu, tengok semua org mengangguk2..ye ye je..tah faham ke saja nak amik hati aku la tu. Sekali dgn Dr. Rosniah mengangguk sama. Hehe. Alkisah, habis present. Semua tepuk tangan.. ye, ye..tenkiu..tenkiu la semua sbb dgr. Dr. Rosniah pun komen. Dia ckp penerangan yg clear. Homaigod cam x caya jer. Dia leh ckp, hmm, satu chapter dia x yah cover. Ceewahhh, senyumlah teman sambil ke telinga walaupun dalah hati ckp 'BIAR BETOL NOK???  Abg Sara dan Kal Salwati ckp 'kan aku dah kateee xde hal punya' sejurus aku mengambil semula  tempat duduk. Hehehe..Alhamdulillah. Mekasih atas kelapangan dan kemudahan yg kau berikan padaku. Dan seperti yg dijangka, dah kene puji, mula la jatuh cinta kat subjek ni..Next assignment, please.. Hauhauhauhau =P

2 comments:

  1. meh biar akak yang bagi assignment!

    ReplyDelete
  2. hehehe..tanakla kak.bru je rase nak rehatkan minda..adoii typo lah.. kene praktis menaip dengan lebih laju dan baik ni

    ReplyDelete